Rabu, 22 Mei 2013

KHASIAT HABBATUS SAWDA'

Perubatan Islam mendapati habbatus sauda berkebolehan mengekalkan kesihatan dan memulihkan suhu badan. Tabib di Madinah merujuk kepada sunnah rasulullah (saw) dalam hal berkaitan pesakit. Zahbi, seorang ulama’ berpendapat, habbatus sauda mengeluarkan segala halangan yang ada dalam sistem tubuh.

Umat Islam khususnya lebih bergantung kepada penggunaannya kerana yakin dengan sunnah rasulullah (saw). Ini digambarkan dalam hadith sahih bukhari yang bermaksud, “TETAPLAH DENGAN KEPENTINGAN PENGGUNAAN HABBATUS SAUDA KERANA PASTI DI DALAMNYA TERDAPAT SEMBUHAN UNTUK SETIAP KESAKITAN KECUALI MAUT”.

CIRI-CIRI UTAMA HABBATUS SAWDA

HABBATUS SAUDA kaya dengan monosaccharide glukosa,xylos sdb.Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh di hasilkan oleh badan kita , oleh itu sumber utamanya ialah pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu Vitamin A , kalsium, Zat Besi dsb.

SISTEM IMUNISASI

Kajian yang telah di lakukan di Arab Saudi mendapati HABBATUS SAUDA berupaya meningkatkan system imunisasi tubuh, ia sangat penting dalam mencegah pelbagai jenis penyakit. Habbatus sawda mengandungi 67 kandungan bahan aktif yang dapat membantu menyembuhkan penyakit yang sering di hadapi seperti berikut:

• Menghancurkan batu karang
• Lenguh-lenguh dan lumpuh
• Gastric/ulser
• Lelah
• Radang buah pinggang
• Kencing manis
• Darah tinggi/ jantung
• Batuk. Selesema
• Kemandulan
• Sakit otot dan sendi
• Keguguran rambut
• Sukar tidur
• Kadar kolesterol
• Sembelit
• Gout
• Resdung
• Membuang angin
• Pening kepala/migrane
• Bisol dan ketumbuhan
• Batu hempedu
• Luka-luka di hati
• Paru-paru berair
• Gusi berdarah
• Senggugut
• Obesiti/kegemukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan